NADI – GOVERNMENT (Current) : Permohonan Bantuan Baitulmal MAINS
9 Januari 2026 | Aktiviti Terkini08 Januari 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah memberi penerangan berkenaan permohonan bantuan banitulmal MAINS kepada pengunjung yang menghadiri di NADI. Seramai 2 orang pengunjung telah mengisi permohonan ini.
Permohonan bantuan Baitulmal MAINS (persekolahan) ini bertujuan untuk membantu keluarga asnaf bagi menampung kos pendidikan anak-anak. Bantuan ini meliputi perbelanjaan seperti yuran sekolah, pakaian, buku dan alat tulis. Ia bertujuan memastikan pelajar dapat meneruskan pembelajaran tanpa halangan kewangan serta meningkatkan kesejahteraan pendidikan keluarga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: